Penyakit GERD!!

Wednesday, May 13, 2009
ini satu penyakit yg nissa xpasti sama ada nissa menghidapinye atau tidak (hehe..sbb takut nk check!!) lately..nissa slalu sakit perut n pedih2..tp ble g klinik UPM n klinik Zalfah bangi, dr cakap gastrik je..tp nissa xpuas hati then try browse tenet then i found this medical information..
MASALAH asid refluk atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai gastro-esophageal reflux disease (Gerd) adalah penyakit yang sering dialami setiap orang. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengenali masalah Gerd dan sebab itu ia dirujuk sebagai penyakit gastrik.
Sungguhpun simptom Gerd dan gastrik banyak persamaannya tetapi punca dan fisiologinya
berbeza. Pakar Perunding Bedah Gastro Usus dan Laparaskopik Lanjutan, Pusat Perubatan Pantai, Dr Abdul Fahmi Abdul Karim, berkata Gerd terjadi apabila asid yang berada di dalam perut melimpah ke ruang saluran makanan (esofagus) manakala gastrik pula berpunca daripada asid yang merosakkan dinding lapisan perut. Dr Fahmi berkata, Gerd menyebabkan radang, pedih ulu hati dan lain-lain komplikasi pada esofagus. Masalah Gerd terjadi apabila cecair asid, angin atau makanan dari dalam perut naik semula ke esofagus. Ini disebabkan kelemahan otot di persimpangan antara perut dan esofagus untuk mencegahnya daripada naik semula ke saluran makanan. Kebanyakan orang memahami Gerd adalah penyakit seumur hidup. Rawatan terbaik untuk mengawalnya ialah dengan pengambilan ubat. Bagaimanapun, perlu difahami pengawalan bukanlah penyembuhan. Malah, ada kalanya pengambilan ubat dalam tempoh yang lama, misalnya berbelas-belas tahun akan memberi kesan sampingan kepada pesakit.
Katanya, sebenarnya, Gerd tidak perlu dideritai seumur hidup. 

Dr Fahmi berkata, ramai yang tidak mengetahui adanya pilihan rawatan melalui pembedahan yang memungkinkan Gerd disembuhkan sepenuhnya. Menerusi kaedah pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan laparoskopik antirefluk atau 'Floppy Nissen Fundoplication', pesakit hanya perlu menjalani pembedahan antara satu hingga dua jam. Selepas dibedah, pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan susulan sepanjang hayat. "Secara terperinci, dalam keadaan normal, ada sempadan antara esofagus dan perut yang dikenali sebagai 'oesophago-gastic junction' atau singkatnya disebut OG-junction. Simpang ini dikawal oleh otot pencerut (otot sfinkter) di bawah esofagus. Pada keadaan biasa, otot ini menghalang asid masuk ke esofagus. Bagaimanapun, bagi pesakit Gerd, otot pencerut ini tidak berfungsi dengan baik untuk menghalang asid perut mengalir ke atas," katanya.

Sepintas Lalu Mengenai Gerd
Perut anda dipenuhi dengan asid yang bertindak membantu percernaan makanan. Mungkin anda tidak tahu, asid ini sama tahap keasidannya dengan asid bateri. Walaupun struktur perut memang berupaya mengendalikan asid yang terhasil ini tetapi tidak pada esofagus. Justeru, apabila asid naik semula ke esofagus, ia menyebabkan rasa terbakar yang dikenali sebagai pedih ulu hati. Secara umum, semua orang pernah merasai pedih ulu hati tetapi tidak terlalu kerap. Bagaimanapun, jika keadaan ini berlanjutan selama lebih dari satu jam sehari dan sering melanda, anda mungkin berhadapan dengan Gerd. Simptom lain termasuk rasa mual atau muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Kesakitan di dada yang sering dialami oleh pesakit Gerd kadangkala disalah anggap sebagai penyakit jantung. Ia terjadi apabila otot pencerut sfinkter tidak tertutup dengan sempurna. Ini menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Gerd dalah masalah kronik yang menyebabkan komplikasi serius.

16 comments:

  1. roserz said...:

    gerd?? owh...lg kronik dr gastrik rupenyer...

  1. NisSaThanin said...:

    bek ko check jugak..mane tau ade gerd...hukhuk..yerla..gi klinik asek gastrik jer..

  1. baru pergi HKL malam tadi sebab rasa sakit dada dan sendawa yang berterusan. mula2 ingatkan serangan sakit jantung tapi lepas doktor diagnose, dia kata kemungkinan besar kena GERD. memang dada rasa tak selesa sehingga hari ni

  1. ni lah saya pernah alami..pada mula nya saya takut masalah asthma atau jantung.. test blood semua ok..chest x-ray pun ok..ultrasound dan test fit tak da masalah.. nah skrg aku baru tau GERD lah punca nya..

  1. Edy said...:

    Assalamualaikum...

    kaedah pencegahan adalah dengan menjaga pemakanan elakkn makan dan minum benda yg berasid seperti cuka dan air limau, elakkn juga makan makanan yg terlalu pedas dan berempah...

  1. Unknown said...:

    ini lah yang aku sedang alami..baru je test endoscopy sat td...nampak simple tp hakikatnye Tuhan je tahu bila sakit dada tu..huhu..makan apa pun susah..asyik menolak balik..ibarat kata doktor, pesakit gerd ni lebih elok berpuasa dr makan...ekeke...kurus la iolss lepas ni...

  1. sekurangnya penyakit ini dapat memberi keinsafan diri kita terhadap Allah swt..mendekatkan diri kepadanya yg selama ini lalai dan alpha..Allah akan membrikan kesembuhan dgn perbnyakan berdoa..dan akan dberikan penawarnya amin.

  1. apis said...:

    Saya alaminyer
    .. tak dapat tidur malam... badan asyik rasa berdebarjer... tidur tak pernah cukup... dah dekat 2 bulan.. tolong mcmmana nak mengubati penyakit... kesian wife saya terpaksa berjaga bersama2 waktu malam... hafiz0122358936.

  1. Unknown said...:

    saya nak bertanya...saya semenjak 2 minggu ni asyik sendawa berterusan dan asyik berdebar2...saya juga asyik letih2...dan adakah gerd menyebabkan beerat badan susut???mohomn

  1. Unknown said...:

    Saya juga alaminya. Kerap sedawa walaupun tidak makan, angin terkumpul dalam perut, jantung berdebar lepas bangun atau duduk. Terasa sengatan pada jantung. Hmm apa yang saya harus lakukan? Hanya allah sahaja yang tahu apa yg dirasakan.

  1. ambil madu lebah 2 sudu + cuka epal 1 sudu.. bancuh dlm 1 cawan air suam2 kuku..minum perlahan2 masa perut kosong.. jgn mkn ubat PPi..sbb ada kesan sampingan pada jangkamasa panjang..

  1. amalkan 3/4 kali sehari..jgn minum semasa perut berisi makanan.. kang muntah plak..saya sendiri Alhamdulillah..tak mkn ubat hospital lg..dan tahap serangan tidak serius..boleh kata ianya berkurang sebanyak 80%..

  1. Anonymous said...:

    Ada sejenis ubat Nexium namanya 40 mg. Bila makan mmg berkesan. Tapi harganya mahal rm88 utk 14 hari.

  1. Anonymous said...:

    Salam... saya pon kene GERD ni.... korang ade rasa x selesa kat anak tekak, mcm terbuku... and kadang-kadang rasa berdebar-debar.... dh buat endoscopy, comfirmed kene acid reflux.......

  1. Unknown said...:

    Sy hmpir setahun mslh gerd... Naik sampai kepala... Cpt rs mengantuk... Kdg2 ada somthing di tekak... Fikir sentiasa negatif... Apa yg saya buat ialah pantang mkn mknan pedas, benda2 yg berasid tp penyakit nie tetap kunjung tiba... Bln 4 nti br nak endoskopi... Smoga kita semua dalam lindungan ALLAH dan diberi peluang untuk sembuh sepenuhnya...

  1. Unknown said...:

    Sy hmpir setahun mslh gerd... Naik sampai kepala... Cpt rs mengantuk... Kdg2 ada somthing di tekak... Fikir sentiasa negatif... Apa yg saya buat ialah pantang mkn mknan pedas, benda2 yg berasid tp penyakit nie tetap kunjung tiba... Bln 4 nti br nak endoskopi... Smoga kita semua dalam lindungan ALLAH dan diberi peluang untuk sembuh sepenuhnya...

Post a Comment