kali ni nk crite sket pasal khitbah atau dlm melayunye b'tunang...nissa sure kebanyakkan dari kita mesti pernah b'couple kan termasuklah diri ini (hukhuk!!!adoi!!)..bukan menghalang tetapi lebih baik kite melihat couple kita tu ke arah tujuan utk dijadikan suami kita atau pun tidak..kalau sekadar suka2 ja tinggalkan jela...terutamanya utk adik2 yg masih alam remaja ni rasanya xsesuai.. selain mengundang masalah akidah dan sosial..membazir tenaga n masa jugak..(dari org berpengalaman..hihi)..jadinya ble ade laki nak kt kita, berniat utk berkahwin dgn kita dan dlm proses merealisasikannya..sebaiknya b'khitbah la..xperlu kenduri tukar cincin..insyaAllah kita doakan yg terbaik utk diri kita k..
Khitbah atau dalam bahasa yang sering kita gunakan (meminang atau melamar) merupakan sesuatu permintaan seorang lelaki atau wakilnya kepada seorang wanita (walinya) untuk dijadikan permaisuri hati seumur hidup dengan cara tertentu yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini secara meluas. Hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbahterhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A. Hukum melihat makhtubah (calon isteri) kita juga adalah harus, Riwayat dari Jabir R.A., telah bersabda Rasulullah S.A.W. : “ apabila salah seorang dari kamu mengkhitbahi perempuan, maka kamu mampu (noleh) melihat akan ia (wanita-wanita yang dikhitbah) untuk mengajak ke arah perkahwinan, maka lakukanlah ‘sempurnakanlah’, telah berkata akan Jabir R.A. : maka aku telah berkhitbah dan khitbah yang berlaku sehingga aku melihat akanmakhtubah (calon isteri) itu mengajak ke arah perkahwinan maka aku kahwini akannya”. Hadith ini menkhabarkan hukum khitbah itu adalah sunnah seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Sebahagian ulama’ berpendapat melihat wanita yang ingin dipinangi itu adalah ketika sebelum waktu pinangan, ini adalah pandangan dari Mazhab Syafi’iah dengan alasan untuk tidak menyakitkan hati atau menolak perasangka buruk kepada pihak lelaki apabila tidak bersetuju terhadap wanita itu. Terdapat 2 syarat sah dalam proses khitbah, iaitu : 1) Makhtubah adalah wanita yang boleh dikahwini. 2) Tidak meminang wanita-wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Syarat yang pertama jelas menggambarkan kepada kita bahawasanya wanita yang ingin dikhitbah itu hendaklah wanita yang boleh dikahwini, maka tidak boleh untuk kita meminang isteri orang lain ataupun wanita-wanita yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Khitbah boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secarata’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idahkematian suami mereka atau kerana talak ba’in berdasarkan ayat Al-Qur’an dari Surah Al-Baqarah pada ayat 235, Allah S.W.T. telah berfirman mafhumnya : Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati. Syarat yang kedua pula mengkhabarkan kepada kita islam melarang untuk kita meminang wanita-wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, ini dijelaskan pada hadith Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairoh R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Janganlah dipinang oleh lelaki akan wanita-wanita yang telah dipinangi sehingga ia berkahwin ataupun ditinggalkan” riwayat Ahmad dan Muslim. Terjadi perbedaan pandangan di kalangan Ulama’ mengenai anggota-anggota wanita yang boleh dilihat ketika khitbah, iaitu: 1) Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu. 2) Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota. 3) Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.
insyaallah...akn ku khitbah secepat mungkin..=p