Pesanan Ayah pada anak perempuan yang bakal berkahwin~

Thursday, May 28, 2009
nissa ingat ini sebahagian dari pesanan arwah abah nissa yg tercinta dan credit to halaqah.net~ buat bakal zaujku..akan ku siap kan diriku dgn bekalan setiap bait pesanan...

1. Jaga diri mu baik-baik.Jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suami mu meragui kejujuranmu dan berperasangka buruk terhadap dirimu.Ingatlah dua hal ini merupakan racun rumahtangga.

2. Jagalah dirimu baik-baik.Jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu membuat rumahtangga serupa seperti neraka.

3. Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam berdandan dan menghias diri.

4. Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik.

5. Jagalah dirimu baik-baik.Jangan makan terlalu kenyang, kerana hal itu  dapat merosakkan kecantikan paras dan menyebabkan kegemukan.

6. Ketahuilah kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu bahagia.Sebaliknya engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat membuatmu malang.Oleh itu, hati-hatilah janganlah sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.

7. Taatlah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok dan ejek-ejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian.

8. Jagalah kesihatanmu baik-baik dan jauhilah penggunaan alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaranwajahmu dan kemanisan air mukamu.

9. Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu.

10.Aturlah baik-baik urusan rumahtangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu. 

Ingatlah Wahai anakku ! nisSa~

1 comments:

  1. Casino Restaurants in Henderson - Mapyro
    Find the best restaurants near 대전광역 출장마사지 Casino Restaurants in Henderson 대구광역 출장샵 - Mapyro! This resort features more than 500 fine 의정부 출장샵 dining options. 부천 출장샵 Find your favorites and choose your 경산 출장마사지

Post a Comment