Redha Suami yg ku cari dan kuharapkan dr bakal zauj..

Monday, September 28, 2009
harini (28.09.09 11.32pm)-mlm yg agak sunyi di hadapan laptop usang..nissa leka baca artikel2 yg dimuatkan dalam forum kegemaran nissa ~halaqah.net..tiba2 terbaca satu artikel yg sangat menyentuh hati nissa dan membuatkan nissa berazam untuk menjadi isteri idaman, isteri yg siddiqin atau isteri muqarrobin..paling x pun isteri solehah..utk bakal zauj yg menanti..

nissa bawakan sati kisah petikan dari tulisan bonda ummi munaliza...ini sebagai hadiah pertama kepada bakal zauj (siapa ni??)..hehe...

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu...

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata:
"Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.


sekian...

andai kali ini Ramadhan terakhir ku..

Wednesday, September 23, 2009

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya ku sibuk berzikir
Tentu ku tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu…merayu…kepadanya-NYA TUHAN yang Satu
andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatku dikerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan….sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil…menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
( Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku…
kuserahkan hanya kepada ALLAH tuhan seru sekelian alam)

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan ku sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan ku dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan AL-Quran bakal ku dendang… bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamku sibuk dengan
bertarawih…berqiamullah…bertahajud…
mengadu…merintih…meminta belas kasihMu
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
kita bersama meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu ku bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
dikiri dan kanan…lorong-lorang redha Ar-Rahman

Duhai ilahi…
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikan ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya IIahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti

Namun teman
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha…bersedia…meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
"MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN"
Taubatku kepadaMu..

My first Raya without him...2009

Monday, September 21, 2009
mlm ni (Isnin, 21-09-09, 11.35pm)..mlm ketiga raya 2009 and my first raya without my beloved Abah....missed him so much..
anyway, as usual two or three days before eid, we as one happy family will get busy preparing all needed things especially barang2 masakan utk wat lontong..but last year yg sgt busy mestila abah..abah lar yg bising2 dah cukup ke barang2 nak beli??jgn nak kuar2 byk kali..abah jugak lar yg bersusah payang gi kait daun pisang..abah jugak la yg bising marah kami yg suka bangun lambat..hehe...ayat abah.."xnak raya keeee???".kami semestinye sengeh jelaaa...sehari before raya jugak la kami busy vacum karpet, lap tgkp..kemas2 umah (mmg sume wat last minit..ni yg slalu kene marah)..nk masak pun time tu jugak..adeh2..lempoh!!!...mlm raya tu pulak, after maghrib je terus kami takbir (ofkos lar abah yg mulakan...mmg happening sgt...)...pagi raya je abah jugak la yg kejutkan kami before subuh, siap2 masak, mandi...takbir lagi...gi solat..maaf2...gi raya...balik kampung...makan ramai2...gurau2...lawak abah yg bile kami gelak mmg xleh benti......hurmmmm...miss himm..tapi semua tu last year..this new 2009, everything changed...kena tmbh satu aktiviti before eid..."ziarah kubur abah"...dah xdengar suara abah bising2 marah kami bangun lambat..gurau abah "xnak raya keeee???"...yg tinggal cume pesanan abah utk kami...dan doa kami yg xpernah putus utk abah..."Ya Allah, ampunkanlah dosa abahku, Kau jauhkanla abahku dari azab kuburMu, Kau tempatkanla abahku dikalangan orang yg beriman kepadaMu, Kau berikanlah kebahagiaan alam kubur kepada abahku"...seperti doa abah utk kami yg xpernah putus sepanjang kami hidup bersama...anyway, raya 2009 ni tetap berjalan, antara pesan abah, jgn lupa sedara-mara selepas abah takde, so..pagi2 raya kedua harini..kami pun bertolak ke kampung abah...balik kampungg,....oooooo...balik kampung.....Alhamdulillah, kami sempat la abeskan hampir kesemua saudara abah..kenal ke x kami xkesah, janji bile sebut kami ni anak Thanin Jani, dorang kenal cukupla..kami cuma xnak putuskan silaturrahim antara family abah dan kawan2 abah...

esok, bermula pula raya ketiga 2009..belum plan nak gi mana..cuma yg pasti kami akan lalu di kubur abah utk sedekahkan Al-Fatihah dan doa sebelum kami beraya...insyaAllah semuanya berjalan lancar...aminnnnn...