Nissa nak jadi baik~

Sunday, March 22, 2009

NISSA'

Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,
Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,
sembilan nafsumu sentiasa bersama,
dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..

NISSA,
Tutuplah auratmu sepanjang masa,
Tiada indahnya pandangan di mata,
Kecuali pada nafsu yang membara,
Pakaian mu hendaklah sempurna,
Tidak nipis dan menjolok mata,
Bebas najis suci sentiasa,
Azab kubur neraka selamat selamanya,
Hasanah akhirnya kau kecapi jua,

NISSA,
Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,
Dirimu ditatang dan dimanja,
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya,
Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,
Mengharapkan belasmu didunia,
agar mereka terlepas azab yang menyeksa

NisSa berniaga REMPEYEK!!

hehe..cam kt title tu..nissa dah mula berniaga..hahahahahaha..seronok plak...
perniagaan pertama "REMPEYEK sedap!!".. nissa first time rasa rempeyek sedap ni time mak amirul a.k.a MiLo bg mak nissa..nyum2..sedap n rapuhnye..kacang ngan ikan bilis pun byk..ble tny2 bli katne rupanya makcik die yg wat..org pertama nissa promot mestila cik roserz tuu...hehe..last2 die amek 2 botol..tiba2 hati berbunga2 plak nak berniaga rempeyek ni kat rakan2 fakulti.. minggu lepas nissa ambil 10 btol..alhamdulillah baru je amirul hantar dr Melaka ptg tu..dah terjual 5 botol..ape lg minggu ni order plak 40 btol..itu pun dah ade tempahan 5 btol..alhamdulillah..mmg seronok berniaga ni...nnt nissa upload kan gmb rempeyek sedap k..sume yg buat rempeyek ni makcik2..yg jual ni plak anak dara..see...wanita semakin bijak skrang ni..

ok nak wat PROMOTION kt sini...sape2 nak rase ngn order Rempeyek sedap ni leh email nissa k..nissathanin@gmail.com...nissa kira satu botol RM18.00 dalam botol ni ade lbeh kurang 60 keping rempeyek sedap...

When NisSa's fingers start writing~

Thursday, March 19, 2009
assalamualaikum...

ni permulaan untuk nissa mem'blog'kan diri utk tahun 2009 selepas blog yg lama nissa delete..
ape2 pun utk followers baru..salam ta'aruf n ukhuwah...
nama penuh  Khairunnisa bt Thanin, selalu org panggil nissa jer..ringkas..kalau kt rumah adik2 panggil kak icha..utk followers semua panggil ape ye?? urmmm...nama penuh la.."khairunnisa" ok kan?
umur 24 tahun, masih menuntut kat UPM, jurusan kejuruteraan komputer, master degree 2nd semester (ble lar nak abes blajar ni??)
orang kajang..suka menjahit...paling latest jahit langsir rumah untuk raya tahun lepas..tgh nak blajar jahit baju pulak..
suka berniaga, kalau ade mana2 peluang berniaga pasti nissa akan cuba (kalau modal ada..)..ada pengalaman berniaga di pasar malam..best sgt coz dpt duit time2 tu jugak dan nampak barang kite habis dijual..sbb tu dlm Islam "perniagaan adalah sebaik2 pekerjaan"..
nissa anak sulung dari 3 puteri..adik-adik nissa Khairani Bt Thanin masih menuntut di UIA, Gombak dan Liyana Thanin di Matrikulasi KTT..
itu je...utk sahabat2 semua salam ta'aruf..kenal2kan la diri ye...
salam..